Sempena bulan promosi Mealshake di BULAN MEI 2014, saya ingin menceritakan kisah Mealshake
dengan anak saya. Mealshake Shaklee diambil oleh saya pada tahun 2013 untuk
anak-anak saya, iaitu Muhammad Hariz Zafran dan Nur Hanan Zahra. Tak ingat dah
di bulan berapa saya ambil. Waktu tu Hariz Zafran hampir berusia dua tahun
manakala Hanan belum lagi berusia setahun. Tujuannya saya nak si abang dan si
adik sihat dan kekal penuh nutrisi sepanjang masa.
Hariz Zafran pada waktu kecil selalu saya bawak travel dengan suami, ke
KL, Terengganu, Dubai, Johor dan macam-macam tempat. Tetapi yang jadi musykil
nya, setiap kali ke KL, balik je mesti demam. Boleh dikatakan setiap bulan je
mesti demam sampai umurnya capai setahun.
Mungkin badan kecilnya masih belum
mampu nak terima kepenatan atau cuaca berubah di KL. Kalau di KL, tak dak
tempat lain, kami akan tumpang menginap di rumah Kak di Bukit Belacan atau
Rumah Abang Zaidi di Bukit Indah, Ampang. Kedua-dua tempat ini kawasan berbukit
dan airnya agak sejuk setiap masa. Mungkin anak saya ni tak berapa tahan dengan
sejuk.
 |
Hariz Zafran Ketika berusia 6 bulan. Demam-demam pun aktif lagi...:-)) |
 |
Hanan Zahra ketika masih merangkak di usia 9 bulan. |
TETAPI, sejak saya mengamalkan Mealshake Shaklee sebanyak setengah sudu
kecil sehari ke dalam susu (tu pun selalu skip jugak sebab si mak ni suka lupa),
alhamdulillah…dah boleh nampak perubahan pada Hariz Zafran ni. Kalau dulu asyik
nak demam ja setiap bulan atau 2-3 bulan sekali.. Tetapi sekarang ni susah
sangat dah nak demam..
Sejak ambil Mealshake, seingat saya hanya 2 kali je dia
demam sejak tu. Tu pun demam sebab kepanasan terlampau. Termasuklah selepas bermandi-manda
di Lost World Of Tambun baru-baru ini. Mandi di tengah panas..mana tak demam…sekali
dengan ummi demam terkejut dengan air kat situ.
Setiap petang pula, saya akan lepaskan anak-anak saya bermain di luar
rumah mak ni.. Rumah kampung..Kurang risikonya sikit kan... Untuk mengadaptasi
dengan persekitaran luar. Tambahan pulak si Hariz ni dia suka sangat tolong
Tokwan dia mencangkul tanah (padahal
main tanah lebih) di tanah kosong belakang rumah ni sampai belemoih (kotor) habis
baju.. Alhamdulilah, masih sihat dan tak demam.
Berkenaan dengan Nur Hanan Zahra pulak, berbeza keadaannya, demam payah
nak hinggap kecuali ketika saya demam. Sebab dia kuat menyusu, suka kena dakap
je setiap malam. Haba panas tu secara tak langsung kena pada dia.
Jangan salah
faham, menyusu badan tu adalah terbaik-baik imun. Walaupun si ibu tu demam,
anak masih boleh menyusu badan sebab susu ibu adalah lebih baik berbanding susu
formula walupun ketika demam. Tetapi bila dok melekap je sepanjang malam mana
tak alirnya cas-cas kepanasan pada anak.
Untuk si Hanan, saya jugak memberi Mealshake tetapi selepas saya kurang
bagi susu badan akibat mengandungkan anak ketiga. Nur Hanan Zahra jarang-jarang
nak demam sebab menyusu penuh betul-betul sepanjang 11bulan. Bila saya mula mengandungkan anak yang ketiga,
diwaktu Hanan berusia 11bulan , susu terus drop sebab kepenatan alahan
terlampau.
Bila menyusu kat Hanan je saya jadi penat sangat-sangat. Stok susu
pun makin berkurang dan akhirnya tercampurlah dengan susu formula dan terselit
jugalah babak-babak tangisan sebab impian nak menyusukan Hanan Zahra sehingga 2
tahun setengah tak tercapai . Pam secara kerap, minum air banyak pun tak jadi
juga. Bila mental kurang bersedia dan penat terlampau susu pun akan drop jugak.
Apakah sebenarnya Mealshake Shaklee??
Mealshakes Shaklee ni menyediakan hidangan lengkap dan nutrisinya mudah
diserap untuk kegunaan seharian.. Diperbuat daripada bahan2 semulajadi –
buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan
lain-lain.. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma
protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari
peringkat bayi hingga dewasa.
Kandungan protein dalam Mealshake agak rendah berbanding Energizing
Isolate Powder (ESP). Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak disarankan untuk
mengambil ESP tetapi boleh mengambil Mealshake untuk bekalan protein kepada
tubuh. Namun, perlu diambil dalam sukatan tertentu. Jika terlebih protein di
dalam badan akan ada kesan sampingan seperti menjejaskan fungsi buah pinggang
selepas beberapa lama. Ini kerana buah
pinggang kanak-kanak masih muda dan belum dapat memproses protein yang banyak.
Apakah Manfaat Utama Mealshake ??
(sumber: buku panduan nutrisi shaklee)
❄ NUTRISI LENGKAP – menyediakan 19 jenis
vitamin, mineral dan zat perlu
❄ MENGEMBALIKAN
SERI WAJAH – mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup
untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi
wajah/kulit yang lebih cantik
❄ MEMBEKAL NUTRISI kepada sel tubuh kerana ia kaya dengan protein (lactose-free) untuk bantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dll
❄ MEMBANTU TUMBESARAN – mengandungi asid folik, biotin, KAYA DENGAN KALSIUM DAN MAGNESIUM untuk membina tulang dan sel2 untuk proses membesar
❄ MENGANDUNGI ANTIOKSIDA seperti vitamin A,C,E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
❄ DETOKSIFIKASI – kaya dengan SERAT untuk bantu BUANG LEMAK BERLEBIHAN dan sisa buangan dari perut dan usus (BAGUS UNTUK CEGAH SEMBELIT)
❄ MENGUATKAN SISTEM IMUN dan membantu melindungi tubuh dari serangan penyakit
❄ MEMBANTU PERKEMBANGAN MINDA dan IQ kanak2
❄ MENAMBAH SELERA makan anak-anak
❄ MEMBANTU MENGURANGKAN ECZEMA kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
Mealshakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan dari
bayi, pelajar, kanak2 membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang
sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang SELALU MENGAMBIL MAKANAN
SEGERA.. pendek kata, Mealshakes merupakan MULTIVITAMIN dan MULTIMINERAL dalam
bentuk serbuk!! Sangat sesuai buat sesiapa yang kurang gemar makan pil =)
Manfaat Mealshake Shaklee kepada kanak-kanak:
- Meningkatkan system imunisasi –
elakkan deamam dan selsema dan lain-lain.
- Sebagai bekalan tenaga untuk
anak-anak yang susah makan ketika sahur
- Untuk Perkembangan Minda
- Untuk meningkatkan Selera Makan anak
- Untuk Anak yang dah berhenti
susu ibu
- Untuk Anak kekal aktif bertenaga
sepanjang hari.
- Dapat Kurangkan Ekzema
- Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada
anak-anak
- Meningkatkan berat badan anak – picky eater.
- Membantu anak focus dalam
pembelajaran
- Membantu kurangkan kekerapan
asthma / lelah
- Mengatasi masalah sembelit pada
anak
- Supplement yang sesuai untuk
anak yang menghadapi masalah diabetes tahap
- Membantu menurunkan berat badan
anak yang obesiti
- Diambil semasa sarapan
meningkatkan kecergasan seawal pagi
- Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke
dalam bijirin atau susu
Berapakah harga setong Mealshake??
Di pasaran, setong mealshake yang beratnya 544gm setong berharga RM113/tong.
Jikalau anda nak dapatkan harga yang lebih murah, anda boleh dapatkannya dengan
harga ahli dengan menjadi ahli Shaklee terlebih dahulu. Tidak Mahal pun.. Hanya
mendaftar RM65.00 + Rm10.00 (postage) bagi yuran keahlian seumur hidup.
Berbaloi-baloi…!!!! Kerana setong mealshake
boleh digunakan sampai berbulan-bulan.. Si mak dan ayah pun tak ada masalah
untuk turut menggunakan Mealshake ini sebagai sumber protein kepada tubuh. Tak
semestinya anak je leh makan tau…!!
Jom borong Mealshake sempena bulan Promosi
Beli 6 tong Percuma 1 tong.
Jadi anda akan dapat 7 tong Mealshake dengan
harga 6 tong Mealshake SAHAJA!!!..Berbaloi kann..!!!
Hubungi saya :
Noorul Huda Jaaafar
019-4645543
S. I. D 907174
Pengedar sah Shaklee dan boleh COD di sekitar
Sungai Petani, Bukit Selambau, Gurun, Yan, Seberang Perai, Guar Chempedak dan
kawasan seangkatan dengannya.