Friday 16 May 2014

CARA MENCEGAH PENYAKIT BATU KARANG

Cara pemakanan pada masa kini mendorong kepada pembentukkan batu karang dalam badan. Batu karang terbentuk akibat kandungan oksalat (garam mineral) yg berlebihan di dalam urin/air kencing. Ditambah pula dgn mendapan kolestrol juga lama-kelamaan mula membentuk pertikel keras sebesar butiran pasir yg lama-kelamaan semakin membesar yg akhirnya menyebabkan kesakitan.

Suka menahan kencing, dan kurang minum air menyebabkan air kencing semakin pekat, dan duduk di persekitaran yg sejuk ber-aircond mempercepatkan pembentukan batu karang. Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan di bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Ramai yang takut untuk menghadapi pembedahan membuang batu karang. Kadang- kadang kita pun tidak sedar bahawa kita sebenarnya mempunyai batu karang. Supplement semulajadi shaklee merupakan pilihan tepat dalam membantu mencegah dan merawat masalah ini.

Saranan pencegahan batu karang bersama Shaklee:-
  • B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang 
  • Vita-C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid
  • OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 
  • Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi 
  • Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang 
  • Lecithin - membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang

Anda mempunyai untuk memilih salah satu sahaja dahulu supplement yang disarankan atau mengambil pakej lengkap bergantung kepada bajet anda.


Untuk mendapatkan konsultasi secara percuma dan jadual pemakanan yang lengkap, sila hubungi saya secara terus :

S.I.D 907174
Pengedar Shaklee  yang sah (S. I. D - 907174) dan boleh COD (cash on delivery) di sekitar Sungai Petani, Bukit Selambau, Gurun, Yan, Seberang Perai, Guar Chempedak dan kawasan seangkatan dengannya.



klik pakar set bersalin








Monday 5 May 2014

RESIPI PULUT SEKAYA Pakcik Chop Kona

Jom cuba resipi pulut sekaya ni. Sangat mudah, dan rupanya senang sangat nak buat. Selama ni tau makan je kan..hehe..Sekarang ni kan sepotong pulut sekaya dah RM1 dah..boleh la makan sorang2..

Pada mulanya niat saya nak saya rendam beras pulut 2-4 jam jer. Tapi disebabkan badan letih sangat malam kelmarin ter'rendam' la pulak semalaman. takdak masalah pun, cuma tapis air dan simpan dalam peti ais. Malam tai baru sambung buat pulut sekaya ni.. Takyah dah nak rendam lagi sekali dah boleh masak terus. Mak cakap, dia buat tak pernah rendam pulut pun. Resipi berbeza-beza.. 

Sesiapa nak cuba boleh jer...hanya mintak tolong creditkan kepada blog ini www.rahimihuda.blogspot.com.

Selamat Mencuba!!!

Pulut Sekaya Pakcik Chop Kona

Jumlah Masa : 40minit

BAHAGIAN BAWAH
- 1 Cawan Beras Pulut Susu
- Santan RM 1 @ RM50 sen - saya guna santan RM1.00 yang dipacking siap-siap dari kawan.
_Secubit garam
- Air
- Loyang 10”
- Periuk kukus

CARA-CARA :
- Rendam pulut susu selama 2 jam.
  (kalau beras pulut biasa ambil masa 3-4 jam)
- Kemudian masukkan dalam Loyang bagi sekata
- kacau santan, air dan garam sehingga sebati dan masukkan ke atas pulut dalam Loyang. Tepuk-tepuk pulut tersebut Pastikan paras bahan campuran dengan pulut boleh masih nampak pulut. Bukan sama macam kita tanak nasi tu yang kena tinggi air seinci tu.
-masukkan Loyang dalam periuk kukus dan kukus selama 20-30min bergantung pada keempukkan pulut.


TOPPING ATAS :
-1 Biji Telur Ayam
-1 Cawan Tepung Gandum
-3 Helai Daun Pandan Diblender Halus  Dan Diambil Airnya. (Optional-Takdak Pakai Je Pewarna Wangi Pandan Jer.
-2 Cawan Air
- Santan Kelapa Rm 1
-Gula ½ Cawan
- Garam secubit rasa

CARA-CARA :
-Gaul semua bahan dalam satu bekas sehingga sebati.
-Guna penapis teh untuk ditapis dalam periuk
-Masak dengan api paling perlahan. Kacau selalu.
-Pastikan topping tidak terjatuh macam air menitis bila dikaup.Dan juga tidak terlalu pekat.
-Masukkan ke dalam Loyang yang ada pulut yang dah siap dimasak tadi dan sejukkan.

Potong elok-elok dah boleh makan....:-))








Saturday 3 May 2014

JAUHKAN ANAK DARI DEMAM DENGAN MEALSHAKE SHAKLEE

Sempena bulan promosi Mealshake di BULAN MEI 2014, saya ingin menceritakan kisah Mealshake dengan anak saya. Mealshake Shaklee diambil oleh saya pada tahun 2013 untuk anak-anak saya, iaitu Muhammad Hariz Zafran dan Nur Hanan Zahra. Tak ingat dah di bulan berapa saya ambil. Waktu tu Hariz Zafran hampir berusia dua tahun manakala Hanan belum lagi berusia setahun. Tujuannya saya nak si abang dan si adik sihat dan kekal penuh nutrisi sepanjang masa.

Hariz Zafran pada waktu kecil selalu saya bawak travel dengan suami, ke KL, Terengganu, Dubai, Johor dan macam-macam tempat. Tetapi yang jadi musykil nya, setiap kali ke KL, balik je mesti demam. Boleh dikatakan setiap bulan je mesti demam sampai umurnya capai setahun. 

Mungkin badan kecilnya masih belum mampu nak terima kepenatan atau cuaca berubah di KL. Kalau di KL, tak dak tempat lain, kami akan tumpang menginap di rumah Kak di Bukit Belacan atau Rumah Abang Zaidi di Bukit Indah, Ampang. Kedua-dua tempat ini kawasan berbukit dan airnya agak sejuk setiap masa. Mungkin anak saya ni tak berapa tahan dengan sejuk.

Hariz Zafran Ketika berusia 6 bulan. Demam-demam pun aktif lagi...:-))
Hanan Zahra ketika masih merangkak di usia 9 bulan.

TETAPI, sejak saya mengamalkan Mealshake Shaklee sebanyak setengah sudu kecil sehari ke dalam susu (tu pun selalu skip jugak sebab si mak ni suka lupa), alhamdulillah…dah boleh nampak perubahan pada Hariz Zafran ni. Kalau dulu asyik nak demam ja setiap bulan atau 2-3 bulan sekali.. Tetapi sekarang ni susah sangat dah nak demam.. 

Sejak ambil Mealshake, seingat saya hanya 2 kali je dia demam sejak tu. Tu pun demam sebab kepanasan terlampau. Termasuklah selepas bermandi-manda di Lost World Of Tambun baru-baru ini. Mandi di tengah panas..mana tak demam…sekali dengan ummi demam terkejut dengan air kat situ.

Setiap petang pula, saya akan lepaskan anak-anak saya bermain di luar rumah mak ni.. Rumah kampung..Kurang risikonya sikit kan... Untuk mengadaptasi dengan persekitaran luar. Tambahan pulak si Hariz ni dia suka sangat tolong Tokwan dia mencangkul  tanah (padahal main tanah lebih) di tanah kosong belakang rumah ni sampai belemoih (kotor) habis baju.. Alhamdulilah, masih sihat dan tak demam.

Berkenaan dengan Nur Hanan Zahra pulak, berbeza keadaannya, demam payah nak hinggap kecuali ketika saya demam. Sebab dia kuat menyusu, suka kena dakap je setiap malam. Haba panas tu secara tak langsung kena pada dia. 

Jangan salah faham, menyusu badan tu adalah terbaik-baik imun. Walaupun si ibu tu demam, anak masih boleh menyusu badan sebab susu ibu adalah lebih baik berbanding susu formula walupun ketika demam. Tetapi bila dok melekap je sepanjang malam mana tak alirnya cas-cas kepanasan pada anak.

Untuk si Hanan, saya jugak memberi Mealshake tetapi selepas saya kurang bagi susu badan akibat mengandungkan anak ketiga. Nur Hanan Zahra jarang-jarang nak demam sebab menyusu penuh betul-betul sepanjang 11bulan.  Bila saya mula mengandungkan anak yang ketiga, diwaktu Hanan berusia 11bulan , susu terus drop sebab kepenatan alahan terlampau. 

Bila menyusu kat Hanan je saya jadi penat sangat-sangat. Stok susu pun makin berkurang dan akhirnya tercampurlah dengan susu formula dan terselit jugalah babak-babak tangisan sebab impian nak menyusukan Hanan Zahra sehingga 2 tahun setengah tak tercapai . Pam secara kerap, minum air banyak pun tak jadi juga. Bila mental kurang bersedia dan penat terlampau susu pun akan drop jugak.



Apakah sebenarnya Mealshake Shaklee??

Mealshakes Shaklee ni menyediakan hidangan lengkap dan nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.. Diperbuat daripada bahan2 semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.

Kandungan protein dalam Mealshake agak rendah berbanding Energizing Isolate Powder (ESP). Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak disarankan untuk mengambil ESP tetapi boleh mengambil Mealshake untuk bekalan protein kepada tubuh. Namun, perlu diambil dalam sukatan tertentu. Jika terlebih protein di dalam badan akan ada kesan sampingan seperti menjejaskan fungsi buah pinggang selepas beberapa lama.  Ini kerana buah pinggang kanak-kanak masih muda dan belum dapat memproses protein yang banyak.



Apakah Manfaat Utama Mealshake ??
(sumber: buku panduan nutrisi shaklee)

 NUTRISI LENGKAP – menyediakan 19 jenis vitamin, mineral dan zat perlu

 MENGEMBALIKAN SERI WAJAH – mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik

 MEMBEKAL NUTRISI kepada sel tubuh kerana ia kaya dengan protein (lactose-free) untuk bantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dll


 MEMBANTU TUMBESARAN – mengandungi asid folik, biotin, KAYA DENGAN KALSIUM DAN MAGNESIUM untuk membina tulang dan sel2 untuk proses membesar


 MENGANDUNGI ANTIOKSIDA seperti vitamin A,C,E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan


 DETOKSIFIKASI – kaya dengan SERAT untuk bantu BUANG LEMAK BERLEBIHAN dan sisa buangan dari perut dan usus (BAGUS UNTUK CEGAH SEMBELIT)


 MENGUATKAN SISTEM IMUN dan membantu melindungi tubuh dari serangan penyakit


 MEMBANTU PERKEMBANGAN MINDA dan IQ kanak2


 MENAMBAH SELERA makan anak-anak


 MEMBANTU MENGURANGKAN ECZEMA kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa




Mealshakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan dari bayi, pelajar, kanak2 membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang SELALU MENGAMBIL MAKANAN SEGERA.. pendek kata, Mealshakes merupakan MULTIVITAMIN dan MULTIMINERAL dalam bentuk serbuk!! Sangat sesuai buat sesiapa yang kurang gemar makan pil =)



Manfaat Mealshake Shaklee kepada kanak-kanak:
  1. Meningkatkan system imunisasi – elakkan deamam dan selsema dan lain-lain.
  2. Sebagai bekalan tenaga untuk anak-anak yang susah makan ketika sahur
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk meningkatkan Selera Makan anak
  5.  Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif bertenaga sepanjang hari.
  7. Dapat Kurangkan Ekzema
  8. Sebagai  perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  9. Meningkatkan berat badan anak – picky eater.
  10. Membantu anak focus dalam pembelajaran
  11. Membantu kurangkan kekerapan asthma / lelah
  12. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  13. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap
  14. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  15. Diambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  16. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

Berapakah harga setong Mealshake??

Di pasaran, setong mealshake yang beratnya 544gm setong  berharga RM113/tong. Jikalau anda nak dapatkan harga yang lebih murah, anda boleh dapatkannya dengan harga ahli dengan menjadi ahli Shaklee terlebih dahulu. Tidak Mahal pun.. Hanya mendaftar RM65.00 + Rm10.00 (postage) bagi yuran keahlian seumur hidup.

Berbaloi-baloi…!!!! Kerana setong mealshake boleh digunakan sampai berbulan-bulan.. Si mak dan ayah pun tak ada masalah untuk turut menggunakan Mealshake ini sebagai sumber protein kepada tubuh. Tak semestinya anak je leh makan tau…!!

Jom borong Mealshake sempena bulan Promosi Beli 6 tong Percuma 1 tong.
Jadi anda akan dapat 7 tong Mealshake dengan harga 6 tong Mealshake SAHAJA!!!..Berbaloi kann..!!!

Hubungi saya :
Noorul Huda Jaaafar
019-4645543
S. I. D 907174

Pengedar sah Shaklee dan boleh COD di sekitar Sungai Petani, Bukit Selambau, Gurun, Yan, Seberang Perai, Guar Chempedak dan kawasan seangkatan dengannya.