Monday, 5 May 2014

RESIPI PULUT SEKAYA Pakcik Chop Kona

Jom cuba resipi pulut sekaya ni. Sangat mudah, dan rupanya senang sangat nak buat. Selama ni tau makan je kan..hehe..Sekarang ni kan sepotong pulut sekaya dah RM1 dah..boleh la makan sorang2..

Pada mulanya niat saya nak saya rendam beras pulut 2-4 jam jer. Tapi disebabkan badan letih sangat malam kelmarin ter'rendam' la pulak semalaman. takdak masalah pun, cuma tapis air dan simpan dalam peti ais. Malam tai baru sambung buat pulut sekaya ni.. Takyah dah nak rendam lagi sekali dah boleh masak terus. Mak cakap, dia buat tak pernah rendam pulut pun. Resipi berbeza-beza.. 

Sesiapa nak cuba boleh jer...hanya mintak tolong creditkan kepada blog ini www.rahimihuda.blogspot.com.

Selamat Mencuba!!!

Pulut Sekaya Pakcik Chop Kona

Jumlah Masa : 40minit

BAHAGIAN BAWAH
- 1 Cawan Beras Pulut Susu
- Santan RM 1 @ RM50 sen - saya guna santan RM1.00 yang dipacking siap-siap dari kawan.
_Secubit garam
- Air
- Loyang 10”
- Periuk kukus

CARA-CARA :
- Rendam pulut susu selama 2 jam.
  (kalau beras pulut biasa ambil masa 3-4 jam)
- Kemudian masukkan dalam Loyang bagi sekata
- kacau santan, air dan garam sehingga sebati dan masukkan ke atas pulut dalam Loyang. Tepuk-tepuk pulut tersebut Pastikan paras bahan campuran dengan pulut boleh masih nampak pulut. Bukan sama macam kita tanak nasi tu yang kena tinggi air seinci tu.
-masukkan Loyang dalam periuk kukus dan kukus selama 20-30min bergantung pada keempukkan pulut.


TOPPING ATAS :
-1 Biji Telur Ayam
-1 Cawan Tepung Gandum
-3 Helai Daun Pandan Diblender Halus  Dan Diambil Airnya. (Optional-Takdak Pakai Je Pewarna Wangi Pandan Jer.
-2 Cawan Air
- Santan Kelapa Rm 1
-Gula ½ Cawan
- Garam secubit rasa

CARA-CARA :
-Gaul semua bahan dalam satu bekas sehingga sebati.
-Guna penapis teh untuk ditapis dalam periuk
-Masak dengan api paling perlahan. Kacau selalu.
-Pastikan topping tidak terjatuh macam air menitis bila dikaup.Dan juga tidak terlalu pekat.
-Masukkan ke dalam Loyang yang ada pulut yang dah siap dimasak tadi dan sejukkan.

Potong elok-elok dah boleh makan....:-))