Monday 2 June 2014

TIPS DIRECT FEEDING


IBU DISARANKAN MENYUSU SEHINGGA 2 TAHUN 
'Direct feeding' merupakan istilah penyusuan secara terus dari si ibu kepada bayinya tanpa menggunakan medium perantaraan untuk menyalurkan susu kepada si bayi.
Pada hari ini saya dihujani dengan soalan oleh seseorang melalui emel, bagaimana nak kembali menyusukan   anaknya yang berusia 4 bulan kembali. Bukannya menghadapi masalah relaktasi atau susu tidak ada., tetapi anaknya tak mahu direct feeding dan lebih gemar menggunakan botol susu. Setiap kali ibunya nak memberikan susu secara direct, bayi berkenaan meraung2 tak mahu. Ibunya terpaksa mengepam selalu dan memberikan susu ibu melalui botol.
Saya telah jumpa banyak juga situasi seperti ini berlaku..Pada awalnya si ibu akan berhempas beri susu , dengan mengepam sehabis mungkin, tetapi lama-kelamaan akan beralih kepada susu formula.. Sayang kan... Ada yang berjaya sehingga mencapai dua tahun beri susu ibu walaupun anak tak mahu langsung direct feeding. Dan ada yang kecundang di pertengahan jalan. Ini bergantung kepada emosi dan kesungguhan si ibu dalam menjayakan penyusuan.

APAKAH FAKTOR SI BAYI TIDAK BERMINAT MENYUSU BADAN:


-Bayi baru lahir; masih belajar bagaimana nak menyusu -Bayi yang sebelum ini telah cerai susu tapi mommies ingin breastfeed lagi.-Bayi yang memang tidak mahu menyusui badan walaupun telah dipegang pada posisi menyusu -Bayi yang mempunyai masalah 'nipple confusion' (keliru dengan puting botol dan puting payu dara) -Bayi 'fussy nurser'(bayi yang cerewet dalam menyusu) -Bayi sedang 'nursing strike' (tiba-tiba tidak mahu menyusu)
- Pemakanan si ibu- makan benda tertentu dan buat susu berbau lain.
-Putting si ibu terlalu besar sehingga mulut si bayi jadi cepat lenguh


CARA MENGGALAKKAN ANAK DIRECT FEEDING 
1. Bertenang dan tidak stress.
Kalau anak mengamuk, cuba tarik perhatiannya dahulu dengan buat apa2 bunyi. Susukan bayi dalam suasana yang tenang. Jauhkan dari kebisingan dan gangguan. Emosi ibu juga harus dalam keadaan yang relax dan tenang

2. Susukan bayi secara berkala
Jangan susukan bayi ketika mereka terlalu lapar. Offer susu secara  berkala – sejam sekali atau setengah jam sekali. Bagi bayi yang baru dilahirkan, sebaiknya susukan setiap 2 jam sekali. Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu. Selain dari untuk mengelakkan payudara menjadi bengkak, ia juga mengelakkan maslah jaundice bagi bayi yang baru dilahirkan.

3- Susukan bayi mengikut keperluan mereka.
Jangan bagi option. Pastikan mereka menyusu secara terus walaupun sedikit, tetapi jangan memaksa secara keterlaluan. Berhenti sekiranya mereka menolak. Susukan kembali ketika mereka kelihatan haus. Kebiasannya menyusu kan bayi ketika mereka separa sedar (dalam keadaan mamai) agak mudah

4- Sentiasa mendakap bayi dengan erat
Ambil peluang  untuk banyakkan sentuhan dengan bayi. Anak akan lebih rasa terbiasa dengan dakapan ibu berbanding dengan minum susu botol. Pastikan anak berasa selesa, tidak panas semasa kita memeluk dan mendakap anak untuk menyusu badan. Tepuk anak dengan perlahan-lahan sekiranya dia dah mula menghisap susu dari si ibu. Ini akan menggalakkan si anak rasa selesa dan yakin dalam dakapan ibu.

5- Goncangkan payudara secara perlahan semasa menyusu.
Kita perlukan buat anak selesa dengan putting  si ibu dan aerola masuk sepenuhnya ke dalam mulut si bayi. Dengan itu, daya hisapan anak akan jadi lebih sekata dan anak akan jadi selesa menghisap puting si ibu.

6-Jangan bagi puting kosong dan susu melalui botol.
Kalau boleh elakkan botol atau putting kosong . Kiranya haramkan teruslah bagi putting kosong tu. Bagi ibu  tak bekerja memang agak mudah nak buat. Bila anak nak ja susu, cepat-cepat bagi. Tetapi jangan bagi anak terlalu lapar sebab dia akan mengamuk kelaparan dan nak cepat-cepat  minum. Pada hujung minggu, haramkan langsung penggunaan botol walaupun ketika berada di tempat awam. Pelajari teknik penyusuan di tempat awam.

7- Konsisten mengepam supaya susu tak berkurangan.
Minum air kosong 2-3liter sehari dan amalkan pemakanan yang seimbang untuk bekalkan nutrient dan mineral yang secukupnya setiap hari. Pengambilan Vitamin Shaklee/makanan tambahan mungkin membantu memberi tenaga dan membantu kesihatan anak dan ibu.

8- Pam dahulu sebelum menyusu jika payudara penuh
Sekiranya payu dara membengkak, perah dahulu susu sebelum mula menyusukan bayi. Ini mengurangkan jumlah susu dalam payudara dan sekaligus mengelakkan flow susu menjadi terlalu laju ketika proses penyusuan. Selepas anak selesai minum, sambung mengepam sehingga payudara kosong sehingga titisan terakhir. Ini untuk menggalakkan susu semakin bertambah banyak dan mengelakkan payudara membengkak dengan cepat sebelum sesi penyusuan seterusnya..Kena faham ye, bila membengkak sebelum sampai masanya dan kita pula lambat mengepam, bukan saja kita dapat sakit, tapi lama kelamaan susu akan merudum.

9- Sabar dan sentiasa berdoa
Si ibu harus banyak bersabar dengan kerenah anak dan teruskan berdoa untuk membuatkan si anak mahu menghisap susu secara direct feeding.
Sekiranya anak tidak mahu juga, jangan berdukacita, Berdasarkan pengalaman beberapa kawan saya, meskipun anak tidak mahu direct feeding, susu si ibu masih tetap banyak dan semakin meriah.

Kunci susu meriah =
 Pam secara konsisten setiap hari 
pastikan badan sentiasa bertenaga/ tidak stress
 + 
Doa
*Pam secara konsisten setiap hari – Setiap 2-3 jam pam. Sekurang-kurang 5-6 kali sehari.
*Badan bertenaga / Tidak stress -  Makanlah supplement atau sayuran hijau dan lain-lain yang dapat membanyakkan susu badan dan mengurangkan Stress.

Supplement Shaklee yang dicadangkan untuk ibu menyusu :
ESP- Memekatkan susu dan buat si anak kenyang dengan cepat.
B complex – Mengelakkan kita jadi stress yang sceara tak langsung stress boleh buat  susu merudum.
Vitamin C – Memnguatkan system imunisasi si ibu dan anak.
Vitalea – Meningkatkan hb darah dan buatkan badan ibu kurang letih dan sentiasa bertenaga
Ostematrix – Membekalkan kalsium kepada si ibu dan menjadikan badan sentiasa bertenaga walaupun kurang cukup tidur.
Alfalfa- Dikenali sebagai milk booster dan mengecutkan Rahim dan urat dengan cepat.

SET PENYUSUAN LENGKAP SHAKLEE

SET PENYUSUAN BAJET SHAKLEE
Sekiranya ada apa-apa masalah dan perlukan penerangan lebih jelas boleh mesej / whatssup saya di 019-4645543

Sekian,

Noorul Huda Jaafar
Pengedar Shaklee 1 Malaysia
Pengedar Utama Sungai Petani.
019-4645543
FB : NOORUL HUDA JAAFAR





No comments:

Post a Comment