Thursday 20 March 2014

Selamat Datang


Assalamualaikum….Salam sejahtera

Baru kesempatan nak mengupdate blog baru yang kedua ni..setelah beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan..

Orang kata…benda baru..semangat pun baru..hehe…segala-galanya baru…

So, sekadar perkenalan diri saya sebagai seorang blogger yang agak baru dan masih dok meniti dalam dunia blog ni..mungkin ada sedikit kesalahan atau typo tu, harap dimaafkan..

Kesungguhan dalam bisness Shaklee membuatkan saya semakin ingin memahami dunia blog dan secara tak langsung dapat men’sharing’ input2 baru atau lama yang boleh digunakan oleh semua..Di samping itu jugak,di hati kecil saya , terasa nak sharing pengalaman atau apa-apa sahaja yang boleh ditatapi buat anak-anak saya yang saya kasihi suatu masa nanti…Kalau dulu hanya boleh tengok melalui gambar lama saja kan..Tetapi lani,, haa….anak-anakku..ummi buat blog khas buat hampa semua…Macam ala-ala cite Kuch-kuch Hota hei la pulak noo…Kisah Anjali dapat surat daripada mak dia sampai umur 8 tahun walaupun maknya dah tak ada.

Buat anak-anak ummi dan abah yang dikasihi sepenuh hati, Muhammad Hariz Zafran, 3tahun (lagi 11hari lagi je birthday boy ni- B.O.D -18/04/2011) dan Nur Hanan Zahra, setahun 4bulan (B.0.D- 15/11/2012) dan tak dilupa ada seorang lagi yang masih di alam Rahim berusia 6 bulan ni, tak tahu lagi lelaki ke perempuan, doakan ummi dan abah selalu ,sedeqahkanlah Al-Fatihah kepada ummi dan abah setiap hari sama ada ummi dan abah masih di dunia ataupun sudah berada di alam Barzakh sana. Hanya doa daripada anak soleh dan solehah ummi yang dapat membantu ummi dan abah nanti..

Muhammad Hariz Zafran bersama abah di malam Dinner Family Day Legasi Anugerah Terindah anjuran Master Zahirah 28-30 Mac 2014 di Puteri Beach Resort, Port Dickson
Nur Hanan Zahra bersama ummi pada malam tu jugak.

Seribu kasih sayang buat suamiku, Rahimi Zaman bin Jusoh @ Abd. Rashid yang ketika ini berada di Dubai atas urusan kerja. Komitmen kerja yang tinggi buat kita terpaksa berjauhan sejak pernikahan kita. Walaupun abg berjauhan dari huda, tetapi setiap saat terasa abang berada di tepi huda..huk..huk..  Bagi peluang berayat jiwang karat sattt…Tanpa sokongan padu suamiku, belum tentu lagi ku dapat bershaklee dan berblog seperti ini.

Saya rasa setakat itu dulu intro pertama saya, nanti kita cerita panjang lebar lagi mengenai alkisah yang berkaitan dengan saya, keluarga, Shaklee dan sebagainya. Diharap info-info dapat membantu pencarian maklumat kepada anda. Yang baik datang dari Allah, dan yang tak elok tu datang dari si penulis itu sendiri..

“Matlamatku ialah ingin membantu ummahku”

Gambar keluarga Rahimi Zaman dan Noorul Huda pada Hari Raya 2013


Salam hormat, 

-huda-

Saya Shaklee Independent Distributor  [Shaklee ID : 907174]. Anda boleh menghubungi saya untuk dapatkan konsultasi & order. 
Boleh C.O.D di sekitar Sungai Petani, Gurun, Kuala Ketil, Guar Chempedak , dan Yan

Email : noorulhuda@hotmail.my
FB : NOORUL HUDA JAAFAR
Call/Whatsapp : 019-4645543