MASALAH ketidaksuburan
bukanlah masalah biasa lagi apabila 10 peratus daripada setiap populasi negara
menghadapinya. Daripada setiap 10 pasangan yang sudah berkahwin, satu pasangan
pasti mengalami masalah ketidaksuburan.
Masyarakat sudah tidak
boleh menuding jari kepada wanita atau isteri sahaja apabila susah
nak mendapat zuriat di mana peratus punca ketidaksuburan lelaki dan perempuan
adalah sama banyak. Dalam lima pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan,
dua daripadanya berpunca daripada perempuan, dua daripada lelaki manakala satu
lagi merupakan gabungan lelaki dan wanita.
PUNCA UTAMA
KETIDAKSUBURAN LELAKI
Dipetik daripada Akhbar
Utusan Malaysia pada 17/ 2/2013, Pakar Runding dan Bedah Urologi Pusat
Perubatan Tropicana, Dr. Muhilan Parameswaran berkata, masalah ketidaksuburan
lelaki lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita. Daripada itu, hanya 40 %
sahaja boleh dirawat
Masalah ketidaksuburan
lelaki boleh dibahagi kepada tiga punca utama iaitu :
- hormon,
- sperma
- Penis.
 |
Punca Masalah Kesuburan Lelaki - Hormon, Sperma dan PenniS |
HORMON
Lelaki juga mengalami
masalah hormone seperti wanita. Jika hormon pembebasan Gonadotropin (GnRH) yang
dibebaskan daripada kelenjar pitutuari yang berada di bahagian kepala tidak
mencukupi, ia tidak dapat merangsang testis menghasilkan sperma dan matang.
Gangguan pada hormon
sering berlaku bagi mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang.
Penggunaan steroid berpanjangan akan menyebabkan testosteron tidak dapat
dihasilkan lalu membuatkan testis mengecut.
Jika rawatan radiasi dan
kimoterapi pernah dilakukan pada bahagian otak, ia turut mengganggu hormon
lelaki. Selain itu, ada yang mengalami masalah hormon sejak lahir lagi.
SPERMA
Ada pesakit yang tidak
mempunyai masalah hormon apabila ia dapat merangsang testis menghasilkan
sperma, tetapi sperma yang dihasilkan
tidak cukup, tidak berkualiti atau ada yang cacat.
Bilangan sperma yang
normal adalah 60 juta setiap sentimeter padu dan mereka yang mengeluarkan
kurang daripada 20 juta sperma disahkan mempunyai masalah kesuburan.
 |
Kekurangan jumlah sperma akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan |
Masalah lain yang
menghalang menjadi punca ketidaksuburan lelaki ialah seperti :
- Beguk selepas akil baligh boleh merosakkan sel-sel yang
menghasilkan sperma
- Demam yang terlalu panas
- Jangkitan pada testis.
- Masalah genetik seperti kecacatan genetik sejak lahir
iaitu mempunyai satu testis sahaja,
Faktor luar yang
mempengaruhi jumlah dan kualiti sperma.
- Memakai pakaian terutamanya seluar dalam yang ketat
kerana jumlah sperma akan jatuh jika testis berada dalam keadaan panas.
- Meletakkan komputer riba di riba turut mengurangkan
sperma kerana haba yang dihasilkan.
- Pengambilan dadah seperti kokain turut mengurangkan
produksi sperma.
- Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu pengeluaran
sperma seperti ubat darah tinggi iaitu calcium channel blocker dan ubat
kulat.
 |
Awas!! Berseluar ketat mampu meningkatkan haba dan boleh menjejaskan kesuburan lelaki |
 |
Menggunakan laptop atas riba boleh mengundang ketidaksuburan |
PENIS
Jika bukan hormon atau
sperma yang menjadi punca ketidaksuburan, masalah lain mungkin berpunca
daripada penis yang bermasalah. Sperma yang terhasil tidak dapat keluar melalui
penis akibat beberapa kerosakan atau kecacatan.
Antara masalah tersebut
ialah
- Vas deferens (laluan keluar sperma) tidak wujud
membuatkan sperma tidak dapat keluar
- Vas deferens tersumbat - berpunca
daripada penyakit kelamin atau tibi
Selain itu, jika buah
zakar bayi lelaki tidak berpindah ke tempat sepatutnya yang digelar cryptochildism
akan mempengaruhi kesuburan lelaki pada masa depan. Masalah lain seperti kanser
testis, pembedahan atau kecederaan pada penis yang menyebabkan saluran darah ke
penis pecah boleh menyebabkan kemandulan.
Apakah Supplimen Shaklee
yang boleh membantu masalah ketidaksuburan ini ??
 |
Set Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki |
Jika anda berminat untuk
menggunakan produk ini, boleh terus menghubungi saya,
NOORUL HUDA
019-4645543
No comments:
Post a Comment