7 TIPS MUDAH ATASI BENGKAK SUSU
Bengkak susu merupakan pengalaman yang mengerikan bagi
setiap ibu yang baru bersalin. Kebiasaannya ia akan berlaku pada minggu pertama
selepas bersalin. Ada yang alami bengkak susu sampai demam dan ini tidak elok
bagi ibu yang sedang berpantang.
Situasi ini dapat dilihat apabila, payudara akan menjadi
mengeras , penuh dan sakit apabila disentuh. Perkara Ini berlaku apabila,
payudara penuh dengan susu manakala, puting masih belum membuka sepenuhnya.
Ibarat orang tua kata ‘masih buta’. Kita juga akan mendapati benjolan timbul di bawah ketiak yang pastinya membuatkan diri tidak selesa.
![]() |
Awas!!! Bengkak susu boleh membuatkan si ibu yang baru bersalin DEMAM!!! |
7 TIPS ATASI BENGKAK SUSU
Jom saya sharekan Tips Mudah Atasi Bengkak Susu .
1-
Pakaikan coli menyusu yang tidak terlalu ketat
dan juga tidak terlalu longgar untuk menyokong payudara anda.
2-
Susukan anak sekerap mungkin. Hisapan susu dari
anak akan merangsang pengeluaran susu dengan cepat. Anak yang baru lahir akan
menyusu sehingga 8 – 12 kali sehari. Urut payudara perlahan-lahan semasa anak
menyusu dan pastikan anak melekap dengan elok dan kemas di payudara anda.
3-
Kerapkan sesi mengepam susu dengan jarak 2 – 3 jam. Jika ada bajet lebih, belilah ‘double
pump’ dan jalankan selama 15 min – 30 min bagi setiap sesi. Jika hanya ada ‘single
pump’ boleh gunakan anak disebelah, manakala sebelah lagi menggunakan pam.
4-
Urut payudara semasa mandi menggunakan air suam
dengan mengurut menggunakan tapak tangan dari bawah ketiak menuju kearah puting.
5-
Gunakan botol susu yang telah dimasukkan air panas
suam dan tuamkan disekeliling payudara anda.Gunakan pelapik tuala suam nipis
supaya anda tak terperanjat. Ada juga petua menggunakan buah mengkudu yang
dibakar dan tuam semasa masih panas-panas suam.
6-
Minum air suam-suam panas secara kerap untuk
menggalakan pengaliran darah dan juga dapat melancarkan pengaliran susu. Jangan
risau, ibu menyusu perlu minum 2-3 sehari bagi menambah kuantiti susu badan.
7-
Makanlah LECITHIN SHAKLEE yang boleh membantu
melancarkan liang-liang susu yang tersumbat dan mampu memecahkan lemak dalam
badan ke titisan yang kecil. Lecithin ini selamat dan juga bagus untuk tumbesaran
otak bayi di samping dapat mengurangkan berat badan si ibu berpantang.
Anda boleh mencuba kesemua tips-tips di atas sebagai langkah
atasi bengkak susu yang anda hadapi.
Bengkak susu tidak akan lega dalam masa sejam dua. Ia akan mengambil masa sehari sehingga seminggu untuk pulih seperti biasa.
Sekiranya anda ingin mendapatkan LECITHIN
SHAKLEE, dan set bersalin SHAKLEE boleh menghubungi saya , Noorul Huda, Pengedar Shaklee dan Pembimbing
Laktasi Anda. Rundingan adalah percuma!!
![]() |
Lecithin dapat melancarkan pengaliran susu ibu yang tersumbat |
![]() |
Lecithin shaklee selamat dan halal dimakan |
Harga sebotol Lecithin yang mengandungi 180 kapsul adalah RM52.00 dan boleh dimakan sehingga sebulan.
Hubungi saya :
NOORUL HUDA
WHATSSAP / PM : 019-4645543
-
No comments:
Post a Comment