MASALAH ketidaksuburan
bukanlah masalah biasa lagi apabila 10 peratus daripada setiap populasi negara
menghadapinya. Daripada setiap 10 pasangan yang sudah berkahwin, satu pasangan
pasti mengalami masalah ketidaksuburan.
Masyarakat sudah tidak
boleh menuding jari kepada wanita atau isteri sahaja apabila susah
nak mendapat zuriat di mana peratus punca ketidaksuburan lelaki dan perempuan
adalah sama banyak. Dalam lima pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan,
dua daripadanya berpunca daripada perempuan, dua daripada lelaki manakala satu
lagi merupakan gabungan lelaki dan wanita.