Friday, 16 May 2014

CARA MENCEGAH PENYAKIT BATU KARANG

Cara pemakanan pada masa kini mendorong kepada pembentukkan batu karang dalam badan. Batu karang terbentuk akibat kandungan oksalat (garam mineral) yg berlebihan di dalam urin/air kencing. Ditambah pula dgn mendapan kolestrol juga lama-kelamaan mula membentuk pertikel keras sebesar butiran pasir yg lama-kelamaan semakin membesar yg akhirnya menyebabkan kesakitan.

Suka menahan kencing, dan kurang minum air menyebabkan air kencing semakin pekat, dan duduk di persekitaran yg sejuk ber-aircond mempercepatkan pembentukan batu karang. Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan di bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Ramai yang takut untuk menghadapi pembedahan membuang batu karang. Kadang- kadang kita pun tidak sedar bahawa kita sebenarnya mempunyai batu karang. Supplement semulajadi shaklee merupakan pilihan tepat dalam membantu mencegah dan merawat masalah ini.

Saranan pencegahan batu karang bersama Shaklee:-
  • B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang 
  • Vita-C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid
  • OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 
  • Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi 
  • Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang 
  • Lecithin - membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang

Anda mempunyai untuk memilih salah satu sahaja dahulu supplement yang disarankan atau mengambil pakej lengkap bergantung kepada bajet anda.


Untuk mendapatkan konsultasi secara percuma dan jadual pemakanan yang lengkap, sila hubungi saya secara terus :

S.I.D 907174
Pengedar Shaklee  yang sah (S. I. D - 907174) dan boleh COD (cash on delivery) di sekitar Sungai Petani, Bukit Selambau, Gurun, Yan, Seberang Perai, Guar Chempedak dan kawasan seangkatan dengannya.



klik pakar set bersalin








Monday, 5 May 2014

RESIPI PULUT SEKAYA Pakcik Chop Kona

Jom cuba resipi pulut sekaya ni. Sangat mudah, dan rupanya senang sangat nak buat. Selama ni tau makan je kan..hehe..Sekarang ni kan sepotong pulut sekaya dah RM1 dah..boleh la makan sorang2..

Pada mulanya niat saya nak saya rendam beras pulut 2-4 jam jer. Tapi disebabkan badan letih sangat malam kelmarin ter'rendam' la pulak semalaman. takdak masalah pun, cuma tapis air dan simpan dalam peti ais. Malam tai baru sambung buat pulut sekaya ni.. Takyah dah nak rendam lagi sekali dah boleh masak terus. Mak cakap, dia buat tak pernah rendam pulut pun. Resipi berbeza-beza.. 

Sesiapa nak cuba boleh jer...hanya mintak tolong creditkan kepada blog ini www.rahimihuda.blogspot.com.

Selamat Mencuba!!!

Pulut Sekaya Pakcik Chop Kona

Jumlah Masa : 40minit

BAHAGIAN BAWAH
- 1 Cawan Beras Pulut Susu
- Santan RM 1 @ RM50 sen - saya guna santan RM1.00 yang dipacking siap-siap dari kawan.
_Secubit garam
- Air
- Loyang 10”
- Periuk kukus

CARA-CARA :
- Rendam pulut susu selama 2 jam.
  (kalau beras pulut biasa ambil masa 3-4 jam)
- Kemudian masukkan dalam Loyang bagi sekata
- kacau santan, air dan garam sehingga sebati dan masukkan ke atas pulut dalam Loyang. Tepuk-tepuk pulut tersebut Pastikan paras bahan campuran dengan pulut boleh masih nampak pulut. Bukan sama macam kita tanak nasi tu yang kena tinggi air seinci tu.
-masukkan Loyang dalam periuk kukus dan kukus selama 20-30min bergantung pada keempukkan pulut.


TOPPING ATAS :
-1 Biji Telur Ayam
-1 Cawan Tepung Gandum
-3 Helai Daun Pandan Diblender Halus  Dan Diambil Airnya. (Optional-Takdak Pakai Je Pewarna Wangi Pandan Jer.
-2 Cawan Air
- Santan Kelapa Rm 1
-Gula ½ Cawan
- Garam secubit rasa

CARA-CARA :
-Gaul semua bahan dalam satu bekas sehingga sebati.
-Guna penapis teh untuk ditapis dalam periuk
-Masak dengan api paling perlahan. Kacau selalu.
-Pastikan topping tidak terjatuh macam air menitis bila dikaup.Dan juga tidak terlalu pekat.
-Masukkan ke dalam Loyang yang ada pulut yang dah siap dimasak tadi dan sejukkan.

Potong elok-elok dah boleh makan....:-))








Saturday, 3 May 2014

JAUHKAN ANAK DARI DEMAM DENGAN MEALSHAKE SHAKLEE

Sempena bulan promosi Mealshake di BULAN MEI 2014, saya ingin menceritakan kisah Mealshake dengan anak saya. Mealshake Shaklee diambil oleh saya pada tahun 2013 untuk anak-anak saya, iaitu Muhammad Hariz Zafran dan Nur Hanan Zahra. Tak ingat dah di bulan berapa saya ambil. Waktu tu Hariz Zafran hampir berusia dua tahun manakala Hanan belum lagi berusia setahun. Tujuannya saya nak si abang dan si adik sihat dan kekal penuh nutrisi sepanjang masa.

Hariz Zafran pada waktu kecil selalu saya bawak travel dengan suami, ke KL, Terengganu, Dubai, Johor dan macam-macam tempat. Tetapi yang jadi musykil nya, setiap kali ke KL, balik je mesti demam. Boleh dikatakan setiap bulan je mesti demam sampai umurnya capai setahun. 

Mungkin badan kecilnya masih belum mampu nak terima kepenatan atau cuaca berubah di KL. Kalau di KL, tak dak tempat lain, kami akan tumpang menginap di rumah Kak di Bukit Belacan atau Rumah Abang Zaidi di Bukit Indah, Ampang. Kedua-dua tempat ini kawasan berbukit dan airnya agak sejuk setiap masa. Mungkin anak saya ni tak berapa tahan dengan sejuk.

Hariz Zafran Ketika berusia 6 bulan. Demam-demam pun aktif lagi...:-))
Hanan Zahra ketika masih merangkak di usia 9 bulan.

TETAPI, sejak saya mengamalkan Mealshake Shaklee sebanyak setengah sudu kecil sehari ke dalam susu (tu pun selalu skip jugak sebab si mak ni suka lupa), alhamdulillah…dah boleh nampak perubahan pada Hariz Zafran ni. Kalau dulu asyik nak demam ja setiap bulan atau 2-3 bulan sekali.. Tetapi sekarang ni susah sangat dah nak demam.. 

Sejak ambil Mealshake, seingat saya hanya 2 kali je dia demam sejak tu. Tu pun demam sebab kepanasan terlampau. Termasuklah selepas bermandi-manda di Lost World Of Tambun baru-baru ini. Mandi di tengah panas..mana tak demam…sekali dengan ummi demam terkejut dengan air kat situ.

Setiap petang pula, saya akan lepaskan anak-anak saya bermain di luar rumah mak ni.. Rumah kampung..Kurang risikonya sikit kan... Untuk mengadaptasi dengan persekitaran luar. Tambahan pulak si Hariz ni dia suka sangat tolong Tokwan dia mencangkul  tanah (padahal main tanah lebih) di tanah kosong belakang rumah ni sampai belemoih (kotor) habis baju.. Alhamdulilah, masih sihat dan tak demam.

Berkenaan dengan Nur Hanan Zahra pulak, berbeza keadaannya, demam payah nak hinggap kecuali ketika saya demam. Sebab dia kuat menyusu, suka kena dakap je setiap malam. Haba panas tu secara tak langsung kena pada dia. 

Jangan salah faham, menyusu badan tu adalah terbaik-baik imun. Walaupun si ibu tu demam, anak masih boleh menyusu badan sebab susu ibu adalah lebih baik berbanding susu formula walupun ketika demam. Tetapi bila dok melekap je sepanjang malam mana tak alirnya cas-cas kepanasan pada anak.

Untuk si Hanan, saya jugak memberi Mealshake tetapi selepas saya kurang bagi susu badan akibat mengandungkan anak ketiga. Nur Hanan Zahra jarang-jarang nak demam sebab menyusu penuh betul-betul sepanjang 11bulan.  Bila saya mula mengandungkan anak yang ketiga, diwaktu Hanan berusia 11bulan , susu terus drop sebab kepenatan alahan terlampau. 

Bila menyusu kat Hanan je saya jadi penat sangat-sangat. Stok susu pun makin berkurang dan akhirnya tercampurlah dengan susu formula dan terselit jugalah babak-babak tangisan sebab impian nak menyusukan Hanan Zahra sehingga 2 tahun setengah tak tercapai . Pam secara kerap, minum air banyak pun tak jadi juga. Bila mental kurang bersedia dan penat terlampau susu pun akan drop jugak.



Apakah sebenarnya Mealshake Shaklee??

Mealshakes Shaklee ni menyediakan hidangan lengkap dan nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.. Diperbuat daripada bahan2 semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.

Kandungan protein dalam Mealshake agak rendah berbanding Energizing Isolate Powder (ESP). Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak disarankan untuk mengambil ESP tetapi boleh mengambil Mealshake untuk bekalan protein kepada tubuh. Namun, perlu diambil dalam sukatan tertentu. Jika terlebih protein di dalam badan akan ada kesan sampingan seperti menjejaskan fungsi buah pinggang selepas beberapa lama.  Ini kerana buah pinggang kanak-kanak masih muda dan belum dapat memproses protein yang banyak.



Apakah Manfaat Utama Mealshake ??
(sumber: buku panduan nutrisi shaklee)

❄ NUTRISI LENGKAP – menyediakan 19 jenis vitamin, mineral dan zat perlu

❄ MENGEMBALIKAN SERI WAJAH – mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik

❄ MEMBEKAL NUTRISI kepada sel tubuh kerana ia kaya dengan protein (lactose-free) untuk bantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dll


❄ MEMBANTU TUMBESARAN – mengandungi asid folik, biotin, KAYA DENGAN KALSIUM DAN MAGNESIUM untuk membina tulang dan sel2 untuk proses membesar


❄ MENGANDUNGI ANTIOKSIDA seperti vitamin A,C,E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan


❄ DETOKSIFIKASI – kaya dengan SERAT untuk bantu BUANG LEMAK BERLEBIHAN dan sisa buangan dari perut dan usus (BAGUS UNTUK CEGAH SEMBELIT)


❄ MENGUATKAN SISTEM IMUN dan membantu melindungi tubuh dari serangan penyakit


❄ MEMBANTU PERKEMBANGAN MINDA dan IQ kanak2


❄ MENAMBAH SELERA makan anak-anak


❄ MEMBANTU MENGURANGKAN ECZEMA kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa




Mealshakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan dari bayi, pelajar, kanak2 membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang SELALU MENGAMBIL MAKANAN SEGERA.. pendek kata, Mealshakes merupakan MULTIVITAMIN dan MULTIMINERAL dalam bentuk serbuk!! Sangat sesuai buat sesiapa yang kurang gemar makan pil =)



Manfaat Mealshake Shaklee kepada kanak-kanak:
  1. Meningkatkan system imunisasi – elakkan deamam dan selsema dan lain-lain.
  2. Sebagai bekalan tenaga untuk anak-anak yang susah makan ketika sahur
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk meningkatkan Selera Makan anak
  5.  Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif bertenaga sepanjang hari.
  7. Dapat Kurangkan Ekzema
  8. Sebagai  perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  9. Meningkatkan berat badan anak – picky eater.
  10. Membantu anak focus dalam pembelajaran
  11. Membantu kurangkan kekerapan asthma / lelah
  12. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  13. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap
  14. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  15. Diambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  16. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

Berapakah harga setong Mealshake??

Di pasaran, setong mealshake yang beratnya 544gm setong  berharga RM113/tong. Jikalau anda nak dapatkan harga yang lebih murah, anda boleh dapatkannya dengan harga ahli dengan menjadi ahli Shaklee terlebih dahulu. Tidak Mahal pun.. Hanya mendaftar RM65.00 + Rm10.00 (postage) bagi yuran keahlian seumur hidup.

Berbaloi-baloi…!!!! Kerana setong mealshake boleh digunakan sampai berbulan-bulan.. Si mak dan ayah pun tak ada masalah untuk turut menggunakan Mealshake ini sebagai sumber protein kepada tubuh. Tak semestinya anak je leh makan tau…!!

Jom borong Mealshake sempena bulan Promosi Beli 6 tong Percuma 1 tong.
Jadi anda akan dapat 7 tong Mealshake dengan harga 6 tong Mealshake SAHAJA!!!..Berbaloi kann..!!!

Hubungi saya :
Noorul Huda Jaaafar
019-4645543
S. I. D 907174

Pengedar sah Shaklee dan boleh COD di sekitar Sungai Petani, Bukit Selambau, Gurun, Yan, Seberang Perai, Guar Chempedak dan kawasan seangkatan dengannya.






Wednesday, 23 April 2014

CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK IBU HAMIL


Alhamdulillah..sehingga kini sudah 28minggu kehamilanku..Jantina belum tahu lagi.Due pada 14/07/2014 sama tarikh pulak dengan tarikh lahir abahnya..Doa-doala betul-betullah lahir pada hari tu.. Senang nak ingat tarikh dan jimat kek birthday.Hehehe…
Kelahiran pertama, Muhammad Hariz Zafran terlewat 3 hari daripada tarikh due, Manakala, Nur Hanan Zahra pula terawal 3hari. Setiap kelahiran ada pengalaman manisnya sendiri..Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat kelahiran mereka berdua dipermudahkan dan bersalin secara normal. 
Sakit contraction tu memangla sakit, tetapi sesaat melahirkan tu ibarat kita ni buang air besar jaa…Bila di’push’ then keluar terus rasa kosong je perut..Lega ja rasa..Bagi saya, saat-saat nak menjahit balik ‘tempat’ tu, itulah kesakitan tak tertahan.. rasanya lebih 10 kali ada kot dok asyik tanya nurse bila nak siap jahit.. Bayangkan kena jahit 3 lapis..Waduhhh…Sakit jugak..Tapi anggap jugak laa itu pengalaman..Setakat lani, tak pernah serik lagi la kalau nak bersalin lagi…Hehehe…Pengalaman…setiap orang berbeza-beza pengalaman dia..Ada yang tak ada sakit langsung, tup-tup keluar, Dan ada yang sakit berhari-hari, last-last operate jugak sebab takut baby lemas.
Ok, di sini saya nak kongsikan apa yang saya makan sepanjang kehamilan saya yang ketiga ni. Saya bukanlah seorang yang tegar dalam pemakanan kesihatan semasa hamil..On off jugaklaa..Tetapi, berbanding kehamilan terdahulu, semua jenis makanan saya balun..Sebab itulah berat saya naik mendadak. Setiap bulan naik 2-3kg..Tapi tidak kali ini k…Naik sekadar 700gm-800gm saja setiap bulan.Nurse bising jugak sebab berat tak naik-naik.. Tapi cukuplahh.. Jenis badan saya ni, kalau dah naik mendadak tu..turunnya ciput..opss..sudah-sudah…masih terkesima tak dapat berat masa zaman anak dara dulu- 45kg.

Jom tengok , apa yang saya ambil :

  1. 1 Susu
  2.    Kurma
  3.    Kismis
  4.    Supplemen Shaklee untuk ibu hamil
                     i.        Vitalea Iron Formula (Multivitamin + Zat besi)
                    ii.        ESP (Sumber Protein)
                   iii.        B complex (Digabungkan bersama Asid folik)
                   iv.        Ostematrix (Kalsium & Magnesium)
                    v.        Omega Guard
                     vi.       Vitamin C
Cadangan Supplement Untuk Ibu Hamil

Kenapa saya mengambil semua supplement ini? Walhal, saya juga mendapat Obimin secara percuma daripada klinik??

Asbab pertama…jeng..jeng..jeng…

A)    Organik VS Sintetik 
Ibu hamil memerlukan nutrisi yang lebih tinggi dari orang lain, jadi tidak hairan jika ibu hamil diberikan suplemen. Ini bukan sahaja untuk kandungan tetapi juga mengelakkan risiko semasa kelahiran.Obimin itu bagus...(Gabungan multivitamin + vitamin C + B complex + Asid Folix). Tapi yang membezakannya dengan supplement Shaklee dengan obimin iaitu, obimin adalah bahan sintetik manakala supplemen Shaklee adalah organic. Saya tidak menidakkan bahawa Obimin tidak elok, kerana saya juga pernah memakan obimin pada suatu ketika dahulu sebelum berjumpa dengan Supplemen Shaklee. Tapi, kita berhak memilih yang terbaik demi kandungan kita kan..Apa yang bagus sangat dengan supplement Shaklee ini?

Perbezaan obimin dan Vitalea Shaklee
Supplement Shaklee mengambil masa kurang 5min untuk dilarutkan ke dalam air – maknanya ia mudah diserap oleh badan sekiranya kita tidak mengambil bersama penghalang-penghalang lain (seperti minuman berkafein).Ianya tidak mengandungi pewarna tambahan dan  Manakala, obimin kaya dengan pewarnanya dan lambat larut dalam badan. Anda pilih sendiri, nak cepat berkesan, bertenaga atau sebaliknya.

Asbab yang kedua…

B)     Kelebihan setiap Vitamin. 

  •        Vitalea Shaklee yang juga merupakan multivitamin pertama di dunia (1915  yang  kaya     dengan 28 jenis multimineral
  •         Vitalea diformulasikan  dengan iron (zat besi) di mana ia adalah sangat penting untuk       pembentukkan darah dan sel di mana ia adalah penting bagi ibu hamil terutama jika ibu  ada masalah masalah mudah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.    Anemia adalah berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
  •        Ia membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.
  •        Menjadi pelengkap nutrisi yang kurang akibat pengambilan diet yang tidak seimbang.

                                                      2 biji vitalea = 40 hidangan jenis lauk. 


  •      Mencantikkan kulit, kuku, dan membantu mencegah penyakit tiroid.
  •       Meningkatkan HB  bagi ibu hamil.
  •       Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
Vitalea Iron Formula



          2)     B Complex

  •         B Complex Shaklee adalah unik kerana ianya lengkap dengan asid folik dan juga 8           kumpulan vitamin B.
  •    Asid folik adalah sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan   kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
  •       Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.Adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika  janin baru terbentuk.



 B complex


 3)  Sustained Release Vitamin C

  •      Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel  tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat
  •       Ia juga membantu dalam penghadaman zat. Di samping itu Vitamin C juga meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh (cth: flu).
-                                              1 biji vitamin C Shaklee =  7 biji oren. 
                                         Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?


  •       vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat   penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
  •       Ia juga membantu mengurangkan efek stretch mark ketika hamil.
Vitamin C SR 500mg



 4)  Ostematrix (Kalsium)

  •       Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. 
  •       Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
  •       Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta     menguatkannya.
  •       Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. 
  •       Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk   tenusu
  •       Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak)
  •       Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  •       Sekiranya ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan           pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya             kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak               mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk         membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.
  •       Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.
  •       Ia juga membantu mengelakkan komplikasi kepada ibu ketika meneran sewaktu bersalin.

  Ostematrix 



  5)   ESP/Mealshake (Protein)


  •        Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim  di dalam tubuh.
  •        Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
  •    Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat  membantu pertumbuhan yang baik
  •        Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
  •        ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness  yang agak teruk.
  •    Protein memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein juga  membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
  •     Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
  •       Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu     memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Soy Protein Isolate Powder




     6)  OmegaGuard (Omega 3)

  •      Mengandungi DHA yang sangat penting untuk perkembangan otak. 
  •      DHA dan EPA dari OmegaGuard ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
  •      Membantu perkembangan memori bayi dan meningkatkan memori si ibu
  •      Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan juga membantu badan  ibu naik secara melampau. 
  •      Meningkatkan system imun dan menyihatkan paru-paru.
  •      Pengambilan Omega guard juga membantu mencantikkan kulit anda
  •      Mengurangkan risiko kanser payudara dan usus
  •      Mencegah imsomnia dan membantu mengurangkan tekanan.

Omega Guard


SUPPLEMEN SEMASA HAMIL ini boleh disambung semasa berpantang dan semasa menyusukan bayi. 

✿ Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :

Call/ Whatsapp : 019-4645543
Personal FB :      NOORUL HUDA JAAFAR
Page FB :            Petua Tambah Susu Ibu
                              Farmasibergerak.com


Saya Shaklee Independent Distributor  [Shaklee ID : 907174]. Anda boleh menghubungi saya untuk dapatkan konsultasi & order. Boleh COD di sekitar Sungai Petani, Gurun, Guar dan seangkatan dengannya. Anda boleh menggunakan ID saya untuk pembelian harga istimewa di semua cawangan Shaklee seluruh Malaysia.




Thursday, 20 March 2014

Selamat Datang


Assalamualaikum….Salam sejahtera

Baru kesempatan nak mengupdate blog baru yang kedua ni..setelah beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan..

Orang kata…benda baru..semangat pun baru..hehe…segala-galanya baru…

So, sekadar perkenalan diri saya sebagai seorang blogger yang agak baru dan masih dok meniti dalam dunia blog ni..mungkin ada sedikit kesalahan atau typo tu, harap dimaafkan..

Kesungguhan dalam bisness Shaklee membuatkan saya semakin ingin memahami dunia blog dan secara tak langsung dapat men’sharing’ input2 baru atau lama yang boleh digunakan oleh semua..Di samping itu jugak,di hati kecil saya , terasa nak sharing pengalaman atau apa-apa sahaja yang boleh ditatapi buat anak-anak saya yang saya kasihi suatu masa nanti…Kalau dulu hanya boleh tengok melalui gambar lama saja kan..Tetapi lani,, haa….anak-anakku..ummi buat blog khas buat hampa semua…Macam ala-ala cite Kuch-kuch Hota hei la pulak noo…Kisah Anjali dapat surat daripada mak dia sampai umur 8 tahun walaupun maknya dah tak ada.

Buat anak-anak ummi dan abah yang dikasihi sepenuh hati, Muhammad Hariz Zafran, 3tahun (lagi 11hari lagi je birthday boy ni- B.O.D -18/04/2011) dan Nur Hanan Zahra, setahun 4bulan (B.0.D- 15/11/2012) dan tak dilupa ada seorang lagi yang masih di alam Rahim berusia 6 bulan ni, tak tahu lagi lelaki ke perempuan, doakan ummi dan abah selalu ,sedeqahkanlah Al-Fatihah kepada ummi dan abah setiap hari sama ada ummi dan abah masih di dunia ataupun sudah berada di alam Barzakh sana. Hanya doa daripada anak soleh dan solehah ummi yang dapat membantu ummi dan abah nanti..

Muhammad Hariz Zafran bersama abah di malam Dinner Family Day Legasi Anugerah Terindah anjuran Master Zahirah 28-30 Mac 2014 di Puteri Beach Resort, Port Dickson
Nur Hanan Zahra bersama ummi pada malam tu jugak.

Seribu kasih sayang buat suamiku, Rahimi Zaman bin Jusoh @ Abd. Rashid yang ketika ini berada di Dubai atas urusan kerja. Komitmen kerja yang tinggi buat kita terpaksa berjauhan sejak pernikahan kita. Walaupun abg berjauhan dari huda, tetapi setiap saat terasa abang berada di tepi huda..huk..huk..  Bagi peluang berayat jiwang karat sattt…Tanpa sokongan padu suamiku, belum tentu lagi ku dapat bershaklee dan berblog seperti ini.

Saya rasa setakat itu dulu intro pertama saya, nanti kita cerita panjang lebar lagi mengenai alkisah yang berkaitan dengan saya, keluarga, Shaklee dan sebagainya. Diharap info-info dapat membantu pencarian maklumat kepada anda. Yang baik datang dari Allah, dan yang tak elok tu datang dari si penulis itu sendiri..

“Matlamatku ialah ingin membantu ummahku”

Gambar keluarga Rahimi Zaman dan Noorul Huda pada Hari Raya 2013


Salam hormat, 

-huda-

Saya Shaklee Independent Distributor  [Shaklee ID : 907174]. Anda boleh menghubungi saya untuk dapatkan konsultasi & order. 
Boleh C.O.D di sekitar Sungai Petani, Gurun, Kuala Ketil, Guar Chempedak , dan Yan

Email : noorulhuda@hotmail.my
FB : NOORUL HUDA JAAFAR
Call/Whatsapp : 019-4645543